Program Tiny Techies - Robotic Innovation Siri 3 & Python In Animation Siri 3 - June 2026
15 Jun 2026 | Aktiviti Terkini14 Jun 2026, Ahad – NADI telah berjaya menganjurkan dua sesi pembelajaran teknologi secara atas talian menerusi platform NADIBook di bawah Program Kelas Jun Q2, iaitu Robotic Innovation Siri 3 dan Python in Animation Siri 3. Program ini terbuka kepada semua peringkat umur dan bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran digital dalam kalangan peserta.
Sesi Robotic Innovation Siri 3 yang telah disertai oleh 3 orang peserta. Melalui kelas ini, peserta diperkenalkan kepada asas robotik dan inovasi melalui penerangan interaktif berkaitan penggunaan komponen elektronik serta konsep pembangunan projek robotik. Peserta turut berpeluang berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam mengenai topik yang dipelajari.
Seterusnya, sesi Python in Animation Siri 3 dengan penyertaan 3 orang peserta. Dalam sesi ini, peserta mempelajari asas pengaturcaraan Python dan bagaimana bahasa pengaturcaraan tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif. Kelas ini memberi pendedahan awal kepada dunia pengaturcaraan dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah difahami.
Kedua-dua program ini dijalankan secara atas talian dan siaran langsung, serta ditawarkan secara percuma kepada semua Ahli Berdaftar NADI.
Diharapkan lebih ramai peserta akan mengambil peluang untuk menyertai program-program pembelajaran yang akan datang bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: